Pempakejan Maklumat (Information Packaging) adalah proses  dimana maklumat dikelaskan dan disusun mengikut subjek.

Melalui pempakejan maklumat, pengguna akan lebih mudah dalam proses pencarian maklumat secara berkesan dan pantas.

Selain itu pempakejan maklumat juga dapat memberi impak dalam pengurusan masa dimana maklumat dapat diakses pada masa yang singkat.

Pempakejan maklumat di dalam blog ini merangkumi topik mengenai “Motivasi”, “Pembangunan/Pengukuhan Pasukan”, “Inovasi dan Kreativiti”.

Setiap topik mengandungi  maklumat seperti definisi, ciri-ciri, kelebihan dan lain-lain. Melalui blog ini, pembaca dapat meningkatkan pengetahuan sertamengaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi melaksanakan kerjaya masing-masing.

Diharap blog ini dapat memberi banyak faedah kepada semua.

Membaca Memerdekakan Minda…

 

 

# Sila klik pautan di bahagian atas untuk mengakses maklumat mengikut subjek yang dipilih