CARA TERAP SEMANGAT KERJASAMA

Menyiapkan tugasan secara berkumpulan adalah senario biasa di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi atau sekolah. Berbanding secara individu, ia lebih menyeronokkan.

Bagaimanapun, semua itu hanya boleh diperoleh jika ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik. Biasanya, masalah berlaku apabila setiap ahli tidak membuat kerja setimpal. Misalnya Si A dan B bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan sedangkan B dan C cuma duduk rehat saja. Tentu ia tidak adil.

Tips di bawah ini boleh anda lamalkan dalam kerja berkumpulan supaya ahli kumpulan sentiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan diberikan.

  •  Pilih ketua

Lantik seorang ketua yang dilihat memiliki ciri kepemimpinan, tegas dan disegani. Sekurang-kurangnya ini akan membuatkan ahli lain lebih serius untuk menyiapkan tugasan tepat pada waktu yang diberikan.

  •   Fahami tugasan

Pastikan semua ahli kumpulan memahami tugasan diberikan. Dengan penjelasan dan pemahaman menyeluruh, masing-masing mudah melaksanakan kerja yang perlu dibereskan.

  •   Tegas

Ketua yang dilantik perlulah tegas. Dia perlu memastikan setiap ahli menyiapkan bahagian masing-masing mengikut jadual ditetapkan. Jika ada ahli yang malas atau tidak komited, dia mungkin boleh didenda, tetapi bukan denda yang berat atau membebankan. Bolehlah cuma sekadar belanja makan atau membuat air minuman.

  •  Pilih lokasi sesuai

Lokasi turut memainkan peranan penting dalam memastikan tugasan berjalan lancar. Elakkan berjumpa di pusat beli-belah atau restoran makanan segara kerana ia mungkin boleh membuatkan anda ‘melencong’ ke tempat lain. Mungkin rumah sorang daripada ahli lebih sesuai.

  •  Santai

Jika boleh, jangan terlalu serius ketika menyiapkan tugasan kerana ia boleh mendatangkan tekanan. Wujudkan suasana lebih mesra dan berehat jika berasa bosan. Sekali-sekala bersembang dan membuat jenaka mungkin boleh menghilangkan rasa bosan.

  •   Saling Menghargai

Biasanya kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan bukanlah satu tugasan mudah. Sehubungan itu, kerjasama setiap ahli kumpulan sememangnya sangat diperlukan. Masing-masing perlu menghargai dan menghormati komitmen dan kerjasama diberikan setiap ahli kumpulan.

(http://hazryatie.blog.friendster.com/)

 

CARA MENINGKATKAN SEMANGAT KERJA

Persekitaran kerja yang baik dapat meningkatkan prestasi dalam kerja. Terdapat beberapa cara dalam meningkatkan semangat?

 

  • Perhatikan persekitaran kerja anda.

Tempat kerja sangat berpengaruh akan mental anda,jika anda sudah merasa bosan dengan tempat kerja anda, anda dapat mulai menukar atur tempat kerja anda. Anda boleh menukar susun atur perabot pejabat agar dapat menaikkan suasana baru dalam bekerja.

 

  • Cubalah beristirehat

Istirehat berguna untuk menyegarkan otak kita, dan menyegarkan badan. Selepas kita merasa lebih segar, tentunya semangat kita akan bertambah.

  • Bayangkan cita-cita anda tercapai.

Dengan membayangkan cicta-cita anda akan tercapai, tentunya anda akan semakin bermotivasi dalam melakukan kerja ynag lebih baik.

  •  Menulis Catatan kelebihan dan kekurangan hari ini.

Anda dapat mempraktikkan aktiviti seperti mencatatkan kelebihan dan kekurangan diri pada setiap hari. Melalui catatn tersebut kita dapat menilai potensi diri kita dan akan memperbaiki kekurangan sendiri.

  •  Melihat orang yang kekurangan dibawah kita,

Lihatlah orang yang dibawah kita dan bandingkan keadaannya dengan kita.Tentunya kita akan malu apabila kita hanya bermalas-malasan saja.

 

(Sumber:http://ada-akbar.com/)