Category: Inovasi & Kreativiti


Kreativiti Dan Inovasi Dalam Tugas Pentadbiran

 

Bagaimana mencernakan kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugas? Persoalan ini berlegar dalam banyak minda pentadbir sejak SPPU mula dilaksanakan kerana ini merupakan salah satu daripada kategori yang dinilai dan diberi markah. Selain itu perkara ini sudah menjadi lumrah dalam temuduga kenaikan pangkat bilamana calon diminta menyatakan tindakan yang telah dibuat yang boleh dikategorikan sebagai ada kreativiti dan menjana inovasi dalam menjalankan tugas harian untuk dipertimbangkan sebagai kelebihan kepada calon berkenaan.

 

Jikalau pensyarah merasakan penilaian paling berat merupakan penghasilan banyak penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi dan rujukan atau petikan (citation) yang tinggi, bagi pentadbir pula menunjukan kreativiti dan menyenaraikan inovasi dalam tugas boleh dikira yang paling sukar untuk dinyatakan. Bagaimana boleh jadi begini dan bagaimana cara menyelesaikannya?

 Peranan pentadbir rata-rata melaksanakan tugas secara rutin berdasarkan tanggung jawab yang telah tersenarai dan meneruskan tindakan yang diperturunkan menurut amalan sejak sekian lama. Justru keperluan menunjukan kreativiti dan mencipta sesuatu yang baru bukanlah menjadi keutamaan. Malah dalam banyak hal cubaan menjadi kreatif tidak dibenarkan sama sekali jika ketuanya tidak membenarkan. Lantaran itu ada pentadbir yang berselindung di sebalik kedudukan ini untuk tidak mencuba sebarang bentuk kreativiti mahupun inovasi dan kekal berada dalam zon selesa sehingga pencen.

 Namun di sebalik kesukaran ini disiplin pengurusan masakini memerlukan pentadbir lebih kreatif dan mencari peluang dan ruang untuk berinovasi dalam setiap langkah dan segenap tindakan bagi meningkatkan produktiviti, efisiensi dan kualiti. SPPU dan sesi temuduga merupakan contoh dua bentuk semakan dan sekatan yang menyuntik kesedaran kepada hakikat ini. UKM ingin melihat para pentadbir kreatif dalam tugas dan berinovasi mencipta pendekatan baru dalam melaksanakan peranan dan menghayatinya sebagai amalan jatidiri yang boleh menyerlahkan karektor, personaliti, komitmen dan rasa tanggungjawab meningkatkan citra serta jenama organisasi (UKM as a brand). Ringkasya UKM mengharapkan para pentadbir membantu menjadikan dan menyerlahkan UKM sebagai majikan terpilih atau employer of choice.

 Mencernakan kreativiti dan inovasi bukanlah sesuatu yang sukar sekiranya pentadbir berfikir. Maksud berfikir bukanlah berfikir cara biasa atau pada tahap yang biasa. Pentadbir perlu berfikir secara kritikal iaitu berfikir secara tertumpu bertujuan membuat pertimbangan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Satu defisini oleh Michael Scriven and Richard Paul menyebut:

 

Critical thinking is the intellectually disciplined process of actively

and skillfully conceptualizing, applying, analyzing, synthesizing,

and/or evaluating information gathered from, or generated by,

observation, experience, reflection, reasoning, or communication,

as a guide to belief and action.(ruj. Googles)

 Secara perspektifnya pentadbir perlu melihat sesuatu fenomena itu sebagai sesuatu yang mengasyikkan yang ada rasional di sebalik kejadiannya dan teruja untuk berfikir secara berstruktur mencari jawapan kepada persoalan yang timbul di dalam kepala. Setelah mendapat jawapan pentadbir harus terus berfikir bagaimana mengubah, membaiki dan mencipta sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada. Rentetan daripada itu pentadbir tidak berhenti di situ sahaja tetapi terus berperanan membuat pengkajian bagi mendapatkan maklumbalas dan melakukan tindakan penambahbaikan susulan bagi mempertingkatkan lagi pencapaian, keberkesanan dan penjenamaan sehingga menjadi sesuatu yang berkualiti dan meningkat secara berterusan.

 Adakalanya dapat diperhatikan pentadbir melakukan sesuatu yang bolehditakrifkan sebagai kreatif dan boleh dikategorikan sebagai suatu inovasi namun pentadbir berkenaan tidak sedar bahawa apa yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang kreatif dan berinovatif sehingga diberitahu. Seorang pemenang Anugerah Nobel ada menyebut bahawa sebelum memulakan setiap penyelidikan beliau telah membayangkan hasilnya sebagai satu bentuk inovasi yang mencipta benda baru. Tidak ramai di antara kita berfikir sedemikian, sebab itulah hanya segelintir yang menang anugerah paling berprestij itu.

Dalam senario tugas, pentadbir yang mengamati dan berfikir akhirnya boleh  mencipta sesuatu yang baru dan berinovasi. Misalnya pentadbir Bahagian Latihan telah berfikir sesuatu yang sangat mudah atau kecil sahaja saiznya namun memberi kesan yang berguna. Tanda nama yang diciptanya telah menjadi pemenang inovasi dalam anugerah Bestari 2009. Kalau dahulu tanda nama peserta ditulis tangan, disematkan di baju boleh membuat baju kotor atau diletakkan di atas meja menggunakan plastik menuntut perbelanjaan yang lebih besar. Yang lebih penting lagi tanda nama baru ini dimuatkan dengan maklumat penting tentang kursus, tentang sekretariat dan organisasi. Sesuatu yang ringan, mudah alih, cantik, kemas dan padat berinformasi.

 

Bagaimana pula pentadbir di bahagian-bahagian lain? Tugas-tugas lain? Ada atau tidak ruang untuk berfikir, berkriatif dan berinovasi? Tentunya ada, tinggal lagi langkah perlu dimulakan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan. Jika diikuti perbincangan setakat ini pentadbir sepatutnya sudah dapat membayangkan langkah yang perlu diambil selaras dengan langkah yang disebutkan di atas. Bermula dengan melihat, memerhati, menilai tentang fenomena di sebalik kejadian, berfikir bagaimana menambah baik dan akhirnya berani mangambil tindakan yang perlu adalah asas kepada kreativiti dan penciptaan inovasi. Selepas membaca ruang ini, semua pentadbir harus menyimpan hasrat untuk memulakan tindakan bermula dengan berfikir secara kritikal terhadap persekeliling masing-masing. Tugas yang sekarang kelihatannya rutin boleh menjana kreativiti dan inovasi sekiranya diamati setiap langkah dan prosidurnya.

 

Seorang pentadbir mendatangi saya menyatakan kesukaran mendaftarkan kreativiti dan inovasi dalam borang penilaian SPPU beliau. Saya minta diberitahu apakah tugas beliau sekarang dan saya amati setiap perkara tang disebut. Paling terkini beliau sedang merancang bagaimana mengatasi masalah pelajar UKM yang belajar di Negara lain sebelum pulang kembali ke UKM menyambung pengajian setelah setahun mengikuti program pertukaran pelajar.

Menurut beliau laporan ada menyebut bahawa pelajar sebegini ketinggalan banyak maklumat tentang UKM dan Negara setelah setahun berada di luar Negara dan perlu diberi pendedahan semula. Saya bertanya lagi, apakah cadangan beliau? Beliau bercadang menganjurkan sesi pendedahan di luar Negara iaitu di tempat pelajar itu sedang berada sebelum mereka kembali ke

tanah air. Saya kira ini adalah satu tindakan yang kreatif dan penuh berinovasi. Pentadbir ini sedar akan masalah yang wujud dan berfikir cara mengatasinya dan memajukan cadangan menyelesaikannya. Selepas mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan, saya percaya beliau dan rombongan akan ke luar Negara meneruskan usaha tersebut. Daripada pendedahan cerita ini kita dapat perhatikan bahawa pentadbir ini telah melakukan sesuatu yang kreatif dan berinovasi. Kisah ini memberi gambaran

sesuatu yang baru yang belum wujud telah berlaku hasil pemikiran pentadbir ini setelah beliau melihat masalah dan berfikir cara mengatasinya. Beliau boleh daftarkan ini sebagai inovasi dalam borang SPPU beliau. (Jika melalui pendekatan coaching saya akan meneruskan pertanyaan bagaimana agaknya cara sesi pendedahan itu nak dikendalikan? Beliau tentunya bercadang membawa bersama beberapa orang yang berkaitan untuk memberi ceramah. Saya akan kata bagus cadangan itu, tapi kalau saya, saya akan lihat pendekatan yang digunakan oleh agensi-agensi lain misalnya Jabatan Imigresen yang mengadakan kursus asimulasi orang luar yang memohon kerakyatan Malaysia dan melihat bagaimana pengisian dan pelaksanaanya. Sasarannya berbeza namun pastinya matlamat untuk memberi maklumat terkini tentang peraturan (UKM dan Negara) dan pelbagai maklumat terkini yang lain adalah sama justru pendekatan tersebut boleh dirujuk dan dijadikan panduan.)

 

Perubahan, Pengembangan dan Inovasi Organisasi

Perubahan Organisasi merupakan modifikasi substantif pada beberapa bagian organisasi. Perubahan itu dapat melibatkan hampir semua aspek dari organisasi, seperti jadwal pekerjaan, dasar untuk departementalisasi, rentang manajemen, mesin-mesin, rancangan organisasi, dan sebagainya.

Dorongan untuk Berubah

Alasan mendasar organisasi memerlukan perubahan adalah karena sesuatu yang relevan bagi organisasi telah berubah, atau akan berubah. Oleh sebab itu, organisasi tidak punya pilihan lain kecuali berubah juga. Perubahan ini terjadi karena adanya dorongan untuk berubah, yang berasal dari:

1. Dorongan Eksternal

Dorongan eksternal yang mendorong organisasi untuk mengadakan perubahan berasal dari lingkungan umum organisasi. Adanya aturan baru dalam produksi dan persaingan, politik, hukum baru, keputusan pengadilan, dan sebagainya akan mempengaruhi organisasi. Disamping itu, berbagai dimensi seperti teknologi, ekonomi dan sosiokultural juga mempengaruhi organisasi untuk melakukan perubahan.

2. Dorongan Internal

Pada dasarnya dorongan internal berasal dari dalam organisasi itu sendiri. Adanya revisi strategi organisasi oleh manajemen puncak, akan menghasilkan perubahan organisasi. Dorongan internal lainnya mungkin direfleksikan oleh dorongan eksternal. Misalnya, sikap pekerja terhadap pekerjaannya akan bergeser, seiring bergesernya nilai sosiokultural. Akibatnya mereka menuntut suatu perubahan dalam jam kerja, atau perubahan kondisi kerja.

Dua Jenis Perubahan

Secara umum ada dua jenis perubahan dalam organisasi.

1. Perubahan Terencana

Perubahan terencana adalah perubahan yang dirancang dan diimplementasikan secara berurutan dan tepat waktu sebagai antisipasi dari peristiwa di masa mendatang.

2. Perubahan Reaktif

Perubahan reaktif adalah suatu respon bertahap terhadap peristiwa ketika muncul.

Langkah-langkah komprehensif dalam proses perubahan

Ada tujuh langkah komprehensif yang ditempuh dalam proses perubahan organisasi. Langkah-langkah tersebut yaitu:

1.         Mengenali kebutuhan akan perubahan

2.         Menetapkan tujuan perubahan

3.         Mendiagnosis apa yang menyebabkan perlunya dilakukan perubahan

4.         Memilih teknik perubahan yang sesuai untuk mencapai tujuan

5.         Merencanakan implementasi untuk perubahan

6.         Mengimplementasikan perencanaan perubahan

7.         Mengevaluasi perubahan dan tindak lanjut

Penolakan terhadap Perubahan

Sebuah manajemen perubahan yang efektif harus mampu memahami penolakan yang sering kali mengikuti perubahan. Ada beberapa hal yang menjadi alasan terjadinya penolakan terhadap perubahan organisasi, yaitu:

1.         Ketidakpastian

2.         Kepentingan pribadi yang terancam

3.         Perbedaan persepsi

4.         Rasa kehilangan

Mengatasi Penolakan terhadap Perubahan

Untuk mengatasi penolakan terhadap perubahan yang terjadi dalam organisasi, setidaknya ada beberapa teknik yang bisa diterapkan, yaitu:

1.         Partisipasi

2.         Pendidikan dan komunikasi

3.         Fasilitasi

4.         Analisis bidang kekuatan

Bidang-bidang Perubahan Organisasi

Perubahan yang terjadi dalam organisasi, setidaknya meliputi tiga bidang umum, yaitu:

1.         Struktur dan rancangan organisasi. Yang termasuk ke dalam bidang ini adalah rancangan pekerjaan, departementalisasi, hubungan pelaporan, distribusi otoritas, mekanisme koordinasi, struktur lini-staf, rancangan keseluruhan, budaya, manajemen sumber daya manusia

2.         Teknologi dan Operasi, meliputi teknologi informasi, peralatan, proses pekerjaan, urutan pekerjaan, sistem pengendalian

3.         Orang. Dalam hal ini yang dipengaruhi adalah kemampuan dan keterampilan, kinerja, persepsi, ekspektasi, sikap dan nilai.

Pengembangan Organisasi

Pengembangan organisasi adalah Suatu usaha terencana yang berskala organisasi, dikelola dari puncak, dan dimaksudkan untuk meningkatkan efektivitas dan kesehatan organisasi melalui intervensi yang terencana dalam proses organisasi yang menggunakan pengetahuan perilaku

Teknik Pengembangan Organisasi

Ada beberapa teknik /jenis intervensi atau aktivitas secara umum yang dianggap sebagai bagian dari pengembangan organisasi, yaitu:

•           Aktivitas Diagnostik

•           Membangun Tim

•           Timbal Balik Survey

•           Pendidikan

•           Aktivitas Antar Kelompok

•           Penyelesaian Melalui Pihak Ketiga

•           Aktivitas Teknostruktural

•           Konsultasi Proses

•           Perencanaan Hidup dan Karier

•           Bimbingan dan konseling

•           Perencanaan dan Penetapan Tujuan

Inovasi Organisasional

Inovasi adalah Usaha yang terkelola dari suatu organisasi untuk mengembangkan produk atau jasa baru, atau kegunaan baru dari produk dan jasa yang ada

Proses Inovasi

Proses inovasi organisasi terdiri dari:

•           Pengembangan inovasi

•           Aplikasi Inovasi

•           Peluncuran Aplikasi

•           Pertumbuhan Aplikasi

•           Kematangan Inovasi

•           Penurunan Inovasi

Bentuk Inovasi

Setiap ide kreatif yang dikembangkan oleh suatu organisasi memiliki suatu tantangan yang berbeda bagi proses inovasi. Inovasi dapat bersifat:

1.         Inovasi Radikal vs Inovasi bertahap

2.         Inovasi Teknikal vs Inovasi Manajerial

3.         Inovasi Produk vs Inovasi Proses

Kegagalan Berinovasi

Ada beberapa hal yang menjadi alasan suatu organisasi mungkin gagal dalam berinovasi, yaitu:

1.         Kurangnya sumber daya

2.         Kegagalan untuk mengenali kesempatan

3.         Penolakan akan perubahan

Mendorong Inovasi dalam Organisasi

Tiga cara spesifik untuk mendorong inovasi dalam organisasi yaitu:

1.         Sistem penghargaan

2.         Budaya Organisasi

3.         Intrapreneurship dalam organisasi yang lebih besar.

Antara intipati inovasi dalam sector perkhidmatan:

  • Inovasi didefinisikan sebagai idea-idea baru dalam semua aspek kerja untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.
  • Produktiviti yang digabungkan bersama kreativiti dan inovasi mampu melonjakkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam di Malaysia.
  • Semua jabatan dan agensi kerajaan harus memaksimumkan aplikasi kreativiti dan inovasi ini. Matlamat utamanya adalah untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan sektor awam yang utama iaitu rakyat. Idea-idea baru tidak harus dilihat dengan penuh syak wasangka atau di’bakulsampah’kan hanya semata-mata ianya tidak konvensional. Untuk menjadikan perkhidmatan awam Malaysia sebagai tanda aras kecemerlangan peringkat global, maka budaya pemikiran di ‘luar kotak kebiasaan’ perlu menjadi norma harian dan rutin bukannya kepelikkan. Barulah nanti wujud persekitaran kerja yang dinamik lagi bertenaga dan berdaya saing.
  • Usaha pemupukan budaya inovasi di kalangan kakitangan awam sedang dipergiatkan oleh pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam usaha meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam, Hari Kualiti telah digantikan kepada Hari Inovasi yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

Rasional pelaksanaan hari inovasi dan pemupukan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam:

Ø Perlu memenuhi kehendak rakyat dengan lebih berkesan

Ø Perlu meningkatkan kecekapan dan mengawal kos

Ø Perlu memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baru apabila yang lama  kurang berkesan

Ø Perlu memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum

  • Peranan Ketua Jabatan/Agensi:
    •  Mengadakan struktur pengurusan inovasi bagi menerajui program pembudayaan inovasi – Jawatankuasa Pemandu Inovasi atau menggunakan mekanisme sedia ada
    •  Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Ketua Jabatan/ Agensi
    •  AJK terdiri daripada pegawai-pegawai kanan
  • Peranan J/Kuasa Inovasi:

Ø Menentukan dasar dan strategi penjanaan idea, penyelidikan dan pembangunan

Ø Menetapkan amalan dan proses yang menyokong peningkatan inovasi di jabatan/agensi

Ø Menyelaraskan dan memantau usaha pembudayaan inovasi

Ø Memberi pengiktirafan kepada warga jabatan/agensi

Ø Mempromosi dan berkongsi inovasi

  • Tindakan yang perlu diambil oleh Jabatan/Agensi:

Ø Menyediakan Pelan Tindakan Inovasi Organisasi

Ø Melaksanakan usaha meningkatkan kesedaran tentang perlunya budaya inovasi

Ø Mengumpul cadangan bagi menghasilkan inovasi

Ø Menambahbaik saluran sedia ada untuk mendapatkan cadangan pelanggan, menganalisis maklumbalas, dan menjadikan input untuk inovasi

Ø Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Ø Menekankan Organisasi Pembelajaran

Ø Pengurusan ilmu yang berkesan

Ø Memberi pengiktirafan sebagai insentif kepada inovasi

Ø Mempromosi hasil inovasi

  • Antara Aktiviti yang boleh mengisi Hari Inovasi:

Ø Ucaptama

Ø Pembentangan projek inovasi

Ø Seminar inovasi

Ø Ceramah atau taklimat pakar inovasi

Ø Pameran atau showcase

Ø Penyampaian insentif dan anugerah

  • Setiap inovasi yang memberi impak dan bernilai tinggi hendaklah dilaporkan setiap enam bulan kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), JPM
  • Kriteria penilaian untuk mengiktiraf sesuatu perubahan sebagai inovasi:

Ø Pengurangan Kos Operasi

Ø Penjimatan Masa

Ø Peningkatan Hasil Kerja

Ø Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan

Ditulis oleh Adlan Ahmad   
Wednesday, 23 December 2009
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia perlu mencetuskan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif dengan memupuk inovasi.

Perdana Menteri berkata negara-negara yang memupuk inovasi seperti Jepun, Finland dan Amerika, berupaya membangunkan ekonomi lebih pesat sebagai hasil usaha itu.

“Inovasi mewujudkan pekerjaan dan memacu kompetitif nasional. Itu sebabnya kita juga perlu mewujudkan impak kreatif dalam ekonomi global yang kompetitif. Kita tidak seharusnya membenarkan diri kita ketinggalan,” katanya dalam laman blognya http://www.1malaysia.com.my Rabu.

Najib berkata sejak tahun 2000 produk inovatif tinggi muncul seperti iPhone, BlackBerry, Twitter, Facebook dan YouTube, di samping kebangkitan Google yang tidak dapat dibendung lagi, yang menukar cara orang ramai menggunakan media, berkongsi maklumat, dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Perdana Menteri berkata semasa beliau mengumumkan Bajet 2010 baru-baru ini, beliau berkata kewujudan satu model ekonomi baru yang berdasarkan kepada inovasi, kreativiti, dan aktiviti nilai tambah, akan menambah pendapatan per kapita rakyat lebih dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Yang menyokong perkara ini ialah konsep 1Malaysia, atau keperluan untuk menggunakan peluang sepenuhnya daripada keupayaan kreatif seluruh rakyat Malaysia. Sebagaimana yang diiktiraf oleh pakar antarabangsa baru-baru ini, ‘1Malaysia amat selesa dengan inovasi. Kemahiran bukan hanya berada dalam satu kebudayaan, ia diagihkan’,” katanya.

Selaras dengan tahun 2010 yang akan dinobatkan sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi, Perdana Menteri berkata satu Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dengan sokongan rangkaian kerja pusat kecemerlangan akan dilancarkan pada suku pertama tahun depan.

Najib berkata tujuan MyNIC adalah ‘simple’ iaitu untuk meningkatkan keupayaan saintifik dan teknologi negara.

“Pada masa yang sama langkah-langkah seperti pengenalan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan memupuk budaya inovasi dalam sektor awam,” katanya.

Menurutnya dengan kemunculan Inovasi Rangkaian kerja 4G hujung tahun depan yang membawa keupayaan jalur lebar kelajuan tinggi ke seluruh Malaysia, ia akan menambah lagi peluang untuk berinovasi.

“Memang jelas, Bank Dunia berkata peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar boleh turut membawa kaitan kepada peningkatan 1.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar,” tambahnya.

SUMBER : BERNAMA, 23 DIS 2009

Inovasi ditarifkan sebagai pengenalan produk (barangan atau perkhidmatan) atau proses yang baru atau yang ditambahbaik, atau, pengenalan kaedah pemasaran yang baru atau kaedah organisasi baru dalam amalan perniagaan, organisasi tempat kerja  atau hubungan luar.

Walau bagaimanapun, sesebuah rekacipta dan inovasi itu tidak semestinya satu proses atau produk yang mahal dan hanya bergantung kepada golongan profesional untuk membuatnya. Persepsi ini perlu diubah supaya masyarakat sedar bahawa rekacipta dan inovasi ini boleh dihasilkan oleh semua golongan masyarakat tidak kira peringkat umur, jawatan serta latar belakang. Inovasi boleh tercetus melalui pemikiran kreatif berkonsepkan penyelesaian sesuatu masalah dalam masyarakat.

Antara contoh terbaik penerapan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan, adalah menerusi penggunaan secara meluas aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

SETIAP organisasi harus sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Jika ia masih di takuk lama tanpa ada perubahan ke arah kecemerlangan, nescaya ia akan tewas dalam persaingan.

Lambat-laun organisasi berkenaan akan menjadi “hidup segan mati tak mahu” dan mungkin terus terkubur.

Justeru, inovasi berterusan diperlukan dalam mempelbagaikan dimensi bukan hanya mencakupi prosedur kerja tetapi juga dalam cara berfikir, bertindak dan sanggup berubah. Ia perlu supaya terus relevan dan selari dengan keperluan semasa.

Inovasi ini merupakan agenda utama negara yang disentuh dalam Bajet 2010 lalu.

Salah satu inovasi yang ditekankan adalah menerusi tadbir urus dalam sektor awam dan sektor swasta.

Sehubungan itu, inovasi adalah satu ciri penting dalam memastikan perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa berada pada tahap cemerlang dan memuaskan mereka.

Bahkan usaha menjadikan elemen inovasi sebagai pemangkin kecemerlangan perkhidmatan perlulah diterapkan kepada semua kakitangan di pelbagai peringkat bermula daripada pengurusan tertinggi hinggalah kepada kumpulan sokongan.

Namun harus diingat bahawa melakukan inovasi tidaklah semudah yang disangka.

Kerap kali pelaksanaan inovasi menemui kegagalan kerana budaya organisasi tidak secocok dengan keperluan untuk melakukan perubahan.

Pelaksanaan inovasi menuntut warga kerja organisasi berfikiran lebih terbuka, tidak jumud dan sentiasa dinamik.

Mereka perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi melakukan pembaharuan.

Kegagalan untuk bergerak cepat bersama perubahan ini akan menutup peluang besar yang menyebabkan kakitangan awam akan ketinggalan jauh.

Keadaan yang sama akan berlaku sekiranya kakitangan awam tidak berupaya menguruskan perubahan mendadak ini dengan bijak.

Antara contoh terbaik penerapan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan, adalah menerusi penggunaan secara meluas aspek perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Perkembangan ICT kini secara langsung telah mengubah cara bekerja dalam organisasi. Sebagai contoh, ketua-ketua jabatan perlu memahami dan mengikuti perkembangan ICT dan bagaimana kecanggihan dan potensinya dapat digunakan secara paling produktif.

Sesungguhnya penggunaan ICT yang betul dan strategik akan meningkatkan keupayaan untuk mencorak dasar, strategi dan programprogram pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

Langkah-langkah ke arah ini sebenarnya telah pun dimulakan tetapi masih banyak yang perlu dilaksanakan.

Apa yang lebih penting ialah ke mana arah tuju organisasi? Apakah agenda masa depan dan bagaimana dapat mengisi masa depan dengan agenda tersebut?

Hakikatnya, teknologi ini membolehkan sesuatu keputusan dibuat dengan pantas dan maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat.

Oleh itu, dalam memenuhi tuntutan pengguna, inovasi dalam sistem penyampaian perlu diberi keutamaan untuk menambah baik mutu perkhidmatan.

Sebagai contoh, pelaksanaan kerajaan elektronik merupakan satu daripada tuntutan tersebut.

Bagaimanapun, sejauh manakah kecemerlangan perkhidmatan awam menerusi teknologi ini dapat memenuhi tuntutan rakyat?

Tidak dapat dinafikan bahawa revolusi ICT dalam perkhidmatan awam telah wujud sejak penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1996.

Kewujudan teknologi ini dikatakan dapat meningkatkan akses penyampaian perkhidmatan awam. Ia bukan sahaja dapat memperbaiki perkhidmatan antara kerajaan dan rakyat malah meningkatkan lagi ketelusan dan mengurangkan birokrasi.

Satu ciri utama kerajaan elektronik di Malaysia ialah melalui portal perkhidmatan untuk orang ramai yang dikenali sebagai MyGovernment.

Portal ini turut menyediakan pelbagai maklumat dan perkhidmatan hampir semua agensi kerajaan antaranya e-perkhidmatan, e-syariah, e-perolehan dan sebagainya.

Menerusi e-perkhidmatan, rakyat dapat membuat bayaran seperti lesen memandu, saman, elektrik, telefon dan bil-bil Internet.

Begitu juga menerusi portal e-syariah yang diperkenalkan pada 2005. Ia bukan hanya meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan pengurusan dalaman malah ia mudah untuk bertindak seperti memfailkan pelbagai kes guaman sivil, faraid dan jenayah.

Apa yang lebih menarik, portal ini boleh merentasi negara.

Ia membenarkan para peguam, pendakwa, plaintif dan defendan memfailkan afidavit dalam talian, mendapat tarikh perbicaraan dan lanjutan status kes-kes mereka.

Portal itu juga bertindak sebagai kaunter sehenti pada badan kehakiman. Ia turut membolehkan orang ramai merujuk semua enakmen pentadbiran mahkamah.

Semua ini memudahkan rakyat membuat segala urusan dengan cepat dan pantas.

Sehubungan itu, inovasi dalam sektor awam terutama dalam meningkatkan penggunaan ICT di kalangan kakitangan dan pegawainya adalah penting sebagai proses inovasi atau pembaharuan dan juga bertindak sebagai pemangkin kecemerlangan masa depan negara dan sektor awam khasnya.

Tanpa adanya inovasi terutama dalam penguasaan dan kemahiran ICT ini, kualiti perkhidmatan awam negara akan terus di takuk lama dan hasrat untuk menjadi antara 10 negara paling cekap di dunia menjelang 2020 tentu sukar tercapai.

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

 

(Sumber: Nor Hartini Saari)

 Joyce Wycoff (2004) mengemukakan tentang 10 langkah praktis untuk mempertahankan kehidupan inovasi dalam suatu organisasi. Kesepuluh langkah tersebut adalah:

  1. Hilangkan rasa takut dalam organisasi. Innovasi artinya melakukan sesuatu yang baru dan sesuatu yang baru itu mungkin akan gagal, jika orang-orang senantiasa diliputi ketakutan akan kegagalan.
  2. Jadikan inovasi sebagai bagian dari sistem penilaian kinerja setiap orang. Tanyakan kepada mereka, apa yang akan mereka ciptakan atau tingkatkan pada masa-masa yang akan datang, kemudian ikuti kemajuannya.
  3. Dokumentasikan setiap proses inovasi dan pastikan setiap orang dapat memahami peran didalamnya dengan sebaik-baiknya.
  4. Berikan keluasaan kepada setiap orang untuk dapat mengeksplorasi kemungkinan-kemungkinan baru (new possibilities) dan berkolaborasi dengan orang lain, baik yang ada dalam organisasi maupun di luar organisasi.
  5. Pastikan setiap orang dapat memahami strategi organisasi dan pastikan pula bahwa semua usaha inovasi benar-benar sudah selaras dengan strategi yang ada.
  6. Belajarkan setiap orang untuk mampu memindai lingkungan, seperti tentang trend baru, teknologi atau perubahan mindset pelanggan.
  7. Belajarkan setiap orang untuk menghargai keragaman, baik dalam gaya berfikir, perspektif, pengalaman maupun keahlian, karena keragaman seluruh aktivitas ini merupakan bagian yang penting dan tidak dapat dipisahkan dalam proses menuju inovasi.
  8. Tentukan kriteria yang terukur dengan fokus pada cita-cita masa depan organisasi. Kriteria yang ketat hanya akan menghambat terhadap pencapaian cita-cita dan melestarikan berbagai asumsi dan mindset masa lampau. Curahkan waktu untuk pengembangan dan kesuksesan yang hendak organisasi pada masa yang akan datang.
  9. Team Inovasi berbeda dengan team proyek regular. Oleh karena itu, dibutuhkan perlengkapan dan mindset yang berbeda pula. Sediakanlah pelatihan yang cukup sehingga setiap orang dapat bekerja dalam inovasi secara sukses.
  10. Kembangkan sistem pengelolaan gagasan dan tangkaplah setiap gagasan untuk dikembangkan dan dievaluasi berbagai kemungkinannya

 

(Sumber: http://thinksmart.com/)

Adaptasi dari: Joyce Wycoff .2004. Ten Practical Steps to Keep Your Innovation System Alive & Well.

 

Inovasi adalah perubahan cara berfikir untuk mendapatkan hasil atau produktiviti yang lebih baik dari semasa ke semasa. Ia bukan hanya berkaitan sains dan teknologi semata-mata.

Inovasi juga bukan hanya untuk golongan profesional tetapi perlu difahami oleh masyarakat dari pelbagai taraf sosial tidak kira di bandar atau pedalaman.

Seorang petani boleh melakukan inovasi dengan mengubah pisau atau peralatan yang digunakan di ladang supaya mampu menghasilkan lebih banyak produktiviti. Seorang nelayan yang mengubah suai jala untuk menangkap lebih banyak ikan juga melakukan inovasi. Kedua-dua contoh ini adalah inovasi akar umbi.

Kuih yang dijual di kampung dan dibungkus dengan menarik mungkin boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Bungkusan baru yang lebih menarik adalah satu inovasi. Nasi lemak yang dijual di kafe gedung membeli-belah lebih mahal berbanding nasi lemak yang disediakan menggunakan ramuan yang sama dan dijual di warung-warung di kampung. Di kafe, pelanggan perlu membayar harga inovasi seperti lauk tambahan dan suasana yang lebih selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Dr. Kamal Jit Singh berkata, masyarakat Malaysia bagaimanapun tidak mengiktiraf perubahan dan pembaharuan sebagai inovasi.

‘‘Ini menyebabkan negara berhadapan dengan krisis inovasi sekarang. Jadi, kesedaran mengenai kepentingan inovasi perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat seiring dengan kemajuan negara dan perubahan global,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya baru-baru ini.

Laporan Model Baru Ekonomi (MBE) mengatakan inovasi semakin merosot di Malaysia di antara 2002 dan 2007. Bank Dunia pula meramalkan keadaan berkenaan berisiko menyebabkan Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi yang serius pada masa akan datang jika perubahan tidak dilaksanakan.

Menyedari hakikat tersebut, Pejabat Perdana Menteri mewujudkan Unit Inovasi Khas atau ringkasnya Unik pada Ogos 2010 dengan 15 pegawai. Sementara Rang Undang-Undang Agensi Inovasi Malaysia diluluskan Dewan Negara pada bulan lalu dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada awal minggu ini.

Akta berkenaan membolehkan sebuah badan berkanun, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) ditubuhkan. Unik memainkan peranan membantu penubuhan AIM. Pada masa ini, Dasar Inovasi Negara sedang dirangka sebelum ia dibentangkan kepada Kabinet pada bulan depan bagi membolehkan AIM dilancarkan.

Jelas Kamal Jit, akta yang diluluskan baru-baru ini digubal berdasarkan Akta Inovasi Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia, India dan Singapura.

‘‘Unik mengkaji akta lebih dari 10 buah negara dan mengambil contoh yang terbaik dari semua negara sebelum menggubal Akta AIM. AIM yang bakal dilancarkan dijangka memiliki tidak lebih 40 orang pegawai dari wakil agensi swasta, kerajaan dan ahli akademik.

‘‘Akta AIM berkenaan digubal hanya untuk tempoh 10 tahun iaitu dari 2010 hingga 2020. Ini kerana tujuan utama ia dirangka adalah bagi menyelesaikan krisis inovasi yang dihadapi Malaysia sekarang.

Selepas 2020, Malaysia perlu memberikan fokus kepada peringkat seterusnya kerana inovasi bukan lagi satu benda baru bagi Malaysia ketika itu,” katanya.

Tambah Kamal Jit, AIM mempunyai dua objektif utama dan yang pertama adalah menggunakan hak harta intelek untuk menjana pendapatan baru negara.

‘‘Banyak penyelidikan yang dilakukan oleh para profesor tersekat di universiti sekarang kerana para profesor berkenaan adalah ahli akademik dan bukannya orang bisnes. Jadi, agak sukar untuk mereka mewujudkan bisnes hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.

‘‘Banyak teknologi yang ada potensi global tetapi terkandas di universiti. Justeru, matlamat AIM adalah untuk mencari teknologi dan fikirkan bagaimana untuk mengkomersialkan semua itu bagi meningkatkan pendapatan negara,” katanya sambil menambah kesemua teknologi yang dihasilkan dalam negara perlu dipaten.

Langkah mendaftar atau paten sesebuah harta intelek adalah penting kerana nilai harta intelek sangat tinggi. Sebagai contoh, apabila pengguna membeli sebuah iPhone, hanya lima peratus daripada harga yang dibayar oleh pengguna adalah kos pengeluaran sementara 95 peratus lagi adalah kos harta intelek.

Setakat ini, jelas Kamal Jit, pegawai Unik sudah mengenal pasti teknologi yang dihasilkan di lima universiti dan dua institut penyelidikan awam.

Objektif kedua AIM adalah membangunkan ekosistem inovasi negara di mana inovasi menjadi budaya dan boleh berkembang. Ekosistem ini mempunyai empat komponen iaitu pendidikan, industri terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS), kerajaan dan rakyat.

Tambah Kamal Jit, masalah di Malaysia sekarang adalah kesedaran masyarakat Malaysia mengenai harta intelek masih rendah kerana harta intelek tidak dipandang bernilai tinggi seperti hartanah.

‘‘Budaya menghargai harta intelek masih belum wujud di Malaysia. Kesedaran harta intelek biasanya akan meningkat dengan kemajuan negara. Dalam rantau ASEAN, negara yang mempunyai kesedaran harta intelek paling tinggi adalah Singapura diikuti Malaysia dan Thailand,” katanya.

Jelas beliau, selepas pelancaran AIM, ia akan mengadakan kerjasama dengan banyak negara. Kerjasama dengan India sudah ditandatangani ketika kunjungan Perdana Menteri, Manmohan Singh pada Oktober lalu.

‘‘India maju dalam beberapa sektor seperti teknologi maklumat dan perubatan. Mereka mempunyai kepakaran untuk mengekstrak ubat dari pelbagai tumbuhan. Malaysia mempunyai khazanah biodiversiti yang luas dan sekarang Malaysia sedang bekerjasama dengan pakar-pakar India untuk mengekstrak pelbagai ubat dari tumbuhan yang terdapat di negara ini.

‘‘Perkara lain yang akan diberikan perhatian oleh AIM adalah kekuatan Malaysia seperti biopertanian, kelapa sawit dan pelancongan. AIM juga akan menggalakkan kolaborasi di antara industri dan institusi akademik,” tambah Kamal Jit.

Jelasnya, kesemua harta intelek akan dikumpul dan diurus untuk menjana bisnes negara. Bisnes-bisnes berkenaan akan dijadikan sebuah syarikat senaraian awam atau sebuah badan induk yang menjaga kepentingan golongan yang terlibat. Dengan cara itu, negara mampu melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyai nilai tambah pada masa akan datang.

Ditanya mengenai maklum balas pelbagai pihak terhadap pasukan Unik, Kamal Jit menjelaskan, sejak beroperasi Ogos lalu maklum balas yang diterima dari pelbagai pihak adalah sangat menggalakkan.

‘‘Inovasi mesti meningkatkan kualiti hidup, menjana pendapatan serta menjadikan kek ekonomi Malaysia lebih besar dari semasa ke semasa. Saya sedar tanggungjawab membawa pembaharuan dan menjadikan inovasi satu budaya di Malaysia tidak mudah.

‘‘Namun pasukan Unik memberikan kerjasama yang baik. Cabaran yang saya hadapi setakat ini adalah mengubah minda masyarakat untuk menerima pembaharuan demi meningkatkan ekonomi. Orang Malaysia lebih gemar hidup dalam zon selesa tanpa sebarang perubahan. Kita perlu mencontohi budaya di Lembah Silikon, AS di mana jaringan banyak diwujudkan dan masing-masing berkongsi kelebihan dan kekurangan untuk berkolaborasi meningkatkan ekonomi,” katanya.

MUHYIDDIN bersama Pengerusi Centre for Public Policy Studies, Tan Sri Dr Ramon V Navaratnam (dua dari kanan); Dr Jeffrey (tiga dari kiri); Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Dr Micheal Yeoh (dua dari kiri) pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia Ke-14 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di Petaling Jaya, semalam.

Kementerian Pelajaran laksanakan kurikulum baru dalam pengajaran, pembelajaran

PETALING JAYA: Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan kurikulum baru yang menerapkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran merentasi semua mata pelajaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kurikulum itu membuka laluan kepada pelajar untuk menerokai dan membuat penemuan kaedah pembelajaran yang baru melalui eksperimen, reka cipta serta penyelidikan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pendekatan baru itu bukan hanya sesuai dilaksanakan untuk mata pelajaran Sains tetapi juga Kemahiran Hidup dan Keusahawanan.

“Saya percaya keberkesanan kurikulum baru ini akan bergantung kepada keupayaan guru memperbaiki amalan pengajaran di dalam bilik darjah. Strategi pengajaran dan pembelajaran harus menggunakan pendekatan inkuiri yang membina, pembelajaran mengikut konteks serta penguasaan penuh yang menggabungkan pelbagai teknik berpusatkan pelajar.
“Ini termasuk eksperimen, perbincangan rakan sebaya, simulasi, lawatan lapangan dan aktiviti menyelesaikan masalah yang membolehkan aplikasi sumber di dalam dan luar bilik darjah.

“Saya berharap dengan pelaksanaan kurikulum baru ini, guru akan lebih inovatif dalam amalan pengajaran dan menggunakan pendekatan baru untuk merangsang pemikiran kreatif serta memacu potensi inovatif dalam kalangan generasi muda kita,” katanya dalam ucaptama pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia Ke-14 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli), Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.

Muhyiddin berkata, pelaksanaan kurikulum baru itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam agenda kerajaan menyediakan dan memperluas pendidikan berkualiti.

Katanya, inisiatif itu dilengkapi dengan literasi ICT yang kini menjadi salah satu komponen utama dalam kurikulum sekolah kerana teknologi itu dapat membangunkan kemahiran belajar yang penting seperti pemikiran kritikal, menganalisa maklumat dan menyelesaikan masalah.

Selaras pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB), katanya, fokus ialah untuk memberikan nafas baru kepada model pembangunan insan dengan menerapkan lebih banyak elemen kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara.
Sementara itu, berucap pada majlis makan malam ‘Budi Disemai, Bakti Dituai’ anjuran Umno Bahagian Bukit Bintang di Dewan Perdana Felda, malam tadi, Muhyiddin menggesa kumpulan berkepentingan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini khususnya orang Melayu supaya mengambil peluang mengetengahkan idea dan cadangan bernas bagi memantapkan pengisian MEB.
Katanya, cadangan dan idea itu wajar dikemukakan segera sebelum MEB yang kini masih pada peringkat perbincangan disempurnakan.
“Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengemukakan sebarang pandangan, cadangan dan idea bagi memantapkan MEB, sekali gus memastikan apabila dasar ekonomi baru itu disempurnakan, kepentingan semua pihak terpelihara,” katanya.
Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dijangkakan dengan inisiatif baru diperkenalkan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, sasaran Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 akan tercapai.
Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Muhyiddin mahu supaya jentera Umno Bahagian Bukit Bintang meneruskan tugas dan tanggungjawab memikul amanah supaya masyarakat di kawasan itu khususnya orang Melayu yang memerlukan pembelaan dapat hidup dalam keadaan bahagia dan sejahtera.

“Walaupun kita (Barisan Nasional) tidak ada wakil di kawasan Bukit Bintang kerana kawasan ini dikuasai pembangkang, kita perlu meneruskan tugas dan tanggungjawab kerana tidak bermakna masyarakat di kawasan maju ini tidak berdepan dengan masalah hidup, ” katanya.

 

 (Sumber dari Syuhada Choo Abdullah: http://www.bharian.com.my)

Berinovasi Adalah Pemacu Untuk Kejayaan

Seringkali kedengaran masyarakat kita sekarang ini memperkatakan tentang inovasi. Inovasi adalah cara atau pendekatan baru dalam melakukan sesuatu. Tidak hanya inovasi terhadap bidang penciptaan sahaja malah meliputi semua aspek seperti pengurusan, pentadbiran, teknologi maklumat dan komunikasi, perindustrian serta lain2 lagi. Inovasi adalah merupakan pensyarat untuk menjadikan sesebuah negara terutamanya Malaysia yang baru sahaja menyambut hari kemerdekaannya kali yang ke-53 dengan bertemakan “1 Malaysia Menjana Transformasi” . Ia menjadikan Malaysia adalah sebuah negara maju. Keupayaan inovasi dan pembaharuan yang dicipta bakal membawa negara sebaris dengan negara maju terdahulu seperti Amerika dan Britain.

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?

Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

  • Penghasilan baru
  • Berdasarkan proses penyusunan semula
  • Menggunakan unsur yang sedia ada
  • Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju (pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.

Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

A) Peringkat Individu

Peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru. Cetusan idea2 bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah malahan mengubah ketamadunan manusia.

Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekita tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip bertukar kepada penghasiln komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta di hasilkan seiring dengan arus kemodenan teknologi dan persekitaran semasa. Secara ringkasnya jika dilihat dengan contoh yang diberikan ia diistilahkan sebagai modifikasi. Oleh itu setiap individu perlu sedar kepentingan ilmu untuk mencetuskan pemikiran kreatif dan inovatif dalam usaha menuju kearah pembangunan diri atau organisasi.

 

B) Peringkat Organisasi

Di peringkat ini pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif san prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau juga memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerjanya.

Organisasi inovatif adalah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik. Ini boleh direalisasikan dengan cara:

  • Meneliti ciri2 kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem.
  • Meneliti kelemahan2 merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas.
  • Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang2 yang ada untuk memperolehi secara sistematik.
  • Mengatur strategi, dasar dan prosedur untuk menentang ancaman dan bahaya dari luar dan dalam organisasi.

Hanya negara yang memiliki perisian intelek dan berteknologi canggih seta terkini dapat berada di barisan hadapan. Bahawa inovasi bukan lagi milik sesiapa, bukan juga milik mana2 negara atau bangsa. Ia boleh dimiliki oleh semua dan jika dijadikan amalan budaya hidup, ia boleh memperkasakan sesebuah bangsa.

Budaya inovasi merupakan salah satu daripada aspirasi. Dalam pengertian yang mudah, budaya inovasi merujuk kepada kesediaan untuk berubah serta mencuba sesuatu yang baru dalam semua aspek kehidupan.Tujuannya adalah untuk mencapai kemakmuran, kedamaian, kesenangan,kesejahteraan dan kelestarian melalui penyelesaian secara kreatif. Marilah kita sama2 mentransformasikan diri kearah budaya berinovasi dan penuh dengan kreativiti bukan mentransformkan diri menjadi transformers. huhuhu… saja nak gurau2.

Memang jelas antara faktor kejayaan sesebuah organisasi adalah mengamalkan budaya inovasi yang tinggi. Penyelidikan, program pembangunan serta penglibatan anggota amat penting dalam memastikan sesebuah organisasi dapat terus berinovasi dan bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah. Pengalaman kejayaan adalah bagi badan perniagaan organisasi manapun boleh dijadikan contoh dan model sebagai sandaran sekiranya kita ingin terus berjaya. Maka sudah tiba masanya kita menanamkan semangat berinovasi dengan menyediakan pelbagai program dan platform untuk kreatif dengan semangat berinovasi yang tinggi dan ulung. Semoga dengan pendekatan ini dapat membantu kita menuju kearah kecemerlangan. Amin… mudah-mudahan.

(Sumber: http://hairilhazlan.com/berinovasi-adalah-pemacu-untuk-kejayaan/)